Sabtu, 26 Mei 2018

Bekas perdana menteri di rotan 100 kali...

Politik Hari Ini..

Pak Lah, Tun M dan Najib ditangkap kerana beberapa kesalahan berat di Malaysia, jadi untuk jenayah berat mereka semuanya dijatuhkan hukuman 20 sebatan seorang.

Ketika mereka sedang menunggu sebatan, Hakim mengumumkan:

“Hari ini adalah hari jadi Isteri saya dan dia minta saya untuk membenarkan satu permintaan sebelum kamu disebat..”

Pak Lah yang pertama dan selepas berfikir seketika, dia pun berkata: “Tolong ikatkan bantal dibelakang saya..”

Bantal pun diikat tapi bantal itu hanya bertahan 10 sebatan dan Pak Lah terpaksa diangkat, berdarah dan menangis-nangis kesakitan.

Kemudian tiba giliran Najib. Apabila melihat Pak Lah dalam keadaan menderita, Najib pun tersenyum dan berkata: “Ikatkan dua bantal di belakang saya..”

Tetapi dua lapisan bantal itu cuma bertahan sehingga 15 sebatan dan Najib juga diangkat berdarah dan berteriak-teriak menangis.

Tun M yang terakhir tetapi sebelum dia berkata apa-apa, Hakim itu telah bercakap dahulu: “Awak adalah yang paling pintar dan licik orangnya. Untuk ini, awak boleh minta dua permintaan!”

“Terima kasih Tuan Hakim.” Jawab Tun M. Untuk menghargai kebaikan tuan Hakim yang mulia, permintaan pertama saya ialah tuan berikan saya bukan 20 sebatan, tapi 100 sebatan!”

Tuan Hakim menjawab:

“Bukan saja awak seorang yang terhormat dan pernah jadi orang paling berkuasa suatu masa dulu, tapi awak juga seorang yang sangat berani” kata Hakim itu dengan rasa kagum kepada Tun M.

“Jika permintaan awak 100 sebatan, maka permintaan itu dikabulkan.”

“dan apa permintaan awak yang kedua?” tanya hakim itu.

Tun M tersenyum lalu berkata, “Ikatkan Najib di belakang saya”!!

😀😀😀

Jangan ketawa sorang ye😂
copy n share...

Jangan marah ye... melawak je...😅😂😂

Rabu, 21 Mac 2018

BERITA Taip BFF Di Ruangan Komen Facebook Tidak Membuktikan Apa-Apa...

BERITA Taip BFF Di Ruangan Komen Facebook Tidak Membuktikan Apa-Apa...


Sosial media telah memberikan pelbagai impak kepada masyarakat kita pada hari ini. Sosial media seperti Facebook dan Twitter juga menjadi tempat orang ramai mendapatkan berita-berita terkini mengenai orang sekeliling mereka.

Malangnya, terdapat beberapa organisasi dan individu yang menggunakan saluran ini untuk memanipulasi masyarakat setempat dengan berita-berita tidak benar. Kontroversi Cambridge Analytica yang melanda media sosial Facebook menjadi bukti yang sosial media boleh dijadikan alat untuk kepentingan peribadi.


 Dua kali sapu yang kendur jadi tegang yang longgor jadi ketat dan yang kecik jadi besar... nak tahu produk ape...?  
👉 Klik sini




Ada khabar angin juga mengatakan jika seseorang menaip perkataan ‘Bff’ boleh mendedahkan tentang tahap keselamatan akaun Facebook mereka. Contoh yang dapat dilihat adalah:

Mark Zuckerberg, CEO of Facebook, invented the word BFF. To make sure your account is safe on Facebook, type BFF in a comment. If it appears green, your account is protected. If it does not appear green, change your password immediately because it will be hacked.

#Mark Zuckerberg
Facebook inventor
Make sure you do not think about your page or account
Type Bff in a comment
If it appears green, your account is protected and if it appears normal, you must change the password. Try it

Ternyata perkara ini tidak benar kerana bukan semudah itu untuk seseorang memastikan keselamatan akaun mereka dengan menaip 1 patah perkataan sebaliknya perkataan ‘Bff’ telah dipilih sebagai perkataan istimewa oleh Facebook yang akan menujukkan animasi apabila disentuh di dalam ruang komen. ‘Bff’ adalah perkataan singkat untuk perkataan Best friend forever. Perkataan istimewa lain yang dipilih adalah seperti ‘congrats’ (Congratulations)