Selasa, 18 Julai 2017

Pilih salah satu daripada 5 kucing ini, kerana ia akan mendedahkan apa yang difikirkan oleh orang terhadap anda!

Pilih salah satu daripada 5 kucing ini, kerana ia akan mendedahkan apa yang difikirkan oleh orang terhadap anda!


Kita semua lahir normal, setiap insan di dunia ini mempunyai personaliti yang berbeza dan unik.

Cuba anda ambil ujian ini.
Sila pilih salah satu daripada 5 kucing, yang paling anda sukai?

Keputusan:

Kucing 1

Semua orang fikir anda seorang yang pemalu dan sangat lemah dalam kemahiran berkomunikasi. Semasa berkomunikasi dengan orang lain, anda akan tersenyum sahaja.

Anda sentiasa cuba mengubah diri anda berbanding meminta orang lain berubah untuk anda, ia membuatkan orang lain berfikir bahawa anda tidak mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan kelihatan lemah.

Tetapi anda sebenarnya seorang yang konservatif, sentiasa berhati-hati dan penuh emosi. Anda juga mempunyai hati yang lembut.

Jika bertemu dengan orang yang tidak dikenali, anda dianggap sombong tetapi apabila hubungan menjadi semakin rapat, anda akan mendedahkan kelakuan sebenar anda.

Anda sangat menghargai persahabatan. Sesiapa yang menjadi rakan anda pasti akan meluangkan banyak masa bersama dengan anda.

Kucing 2

Anda kelihatan kuat dan santai, tetapi anda sukar difahami oleh orang lain. Anda mempunyai rahsia tersembunyi di dalam diri anda, dan hanya berkongsi rahsia dengan orang yang sangat rapat dengan anda sahaja.

Majoriti orang berpendapat bahawa anda merupakan seorang yang lantang dan suka menjauhkan diri serta pandai menyembunyikan karakter sebenar anda daripada orang lain. Namun anda juga merupakan individu yang sangat boleh dipercayai.

Anda sengaja berlakon seperti tegas tetapi sebenarnya anda seorang yang lembut hati. Anda sering membuat kesilapan, sangat sentimental, mengeluh tentang kesilapan kecil dan agak lambat untuk membina hubungan persahabatan. Tetapi apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali, anda sangat tenang.

Apabila di sekeliling rakan dan topik yang anda minat timbul, anda akan terus bercakap. Sentiasa takut akan ditinggalkan, apabila sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku, anda cenderung bersembunyi dan menangis sahaja.

Kucing 3

Di mata orang lain, anda adalah seorang yang bahagia dan menghadapi masalah dengan tenang. Anda seorang perancang semula jadi, sangat cekap dalam melaksanakan tugasan kerana anda seorang yang sangat berdedikasi.

Apabila anda ingin melakukan sesuatu, anda akan lakukannya. Suka berkongsi dan mengimpikan kehidupan yang menarik serta tahu menikmati kehidupan.

Sebenarnya, anda mempunyai matlamat. Anda tidak suka akan rasa kehilangan dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Anda juga sukakan wang tetapi tidak pandai menyimpan dan tidak suka melakukan apa-apa tanpa matlamat.

Anda juga sentiasa menjauhi pertengkaran dan tidak suka menyimpan dendam. Anda mempunyai tahap kesabaran yang boleh dibanggakan.

Kucing 4

Semua orang menganggap anda berperangai seperti kanak-kanak kerana fizikalnya seperti orang dewasa dengan minda seperti seorang kanak-kanak yang belum matang.

Anda juga seorang yang sangat berterus terang. Jenaka akan membuatkan anda gembira serta anda suka berkongsi tentang perasaan anda.

Kadang-kadang anda tidak berhati-hati dan selalu terlupa. Ini membuatkan orang lain berasa anda seorang yang cuai. Anda juga kelihatan baik terhadap orang lain.

Sebenarnya anda bijak kerana masalah pasti dapat diselesaikan. Rasa cinta dan benci dalam diri anda sangat jelas – Jika anda tidak suka akan seseorang, anda tidak akan mempedulikannya sama sekali.

Bagi mereka yang anda sukai, pasti dilayan dengan baik. Anda sangat lemah lembut dan pandai menunjukkan kepada orang lain bahawa anda sedang bahagia sambil menyorokkan kesedihan serta berharap agar akan ada orang yang akan menghiburkan anda ketika anda bersedih.

Kucing 5

Anda adalah orang yang baik hati, romantis dan berwibawa. Apabila terdapat rakan anda yang meminta bantuan, anda akan membantu mereka. Tidak takut berada dalam persekitaran luar dan cepat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru.

Anda juga seorang yang sangat aktif, mempunyai IQ yang sangat tinggi dan mengetahui waktu yang sesuai untuk bercakap dan apa yang perlu dibicarakan.

Anda adalah orang yang tidak suka masalah yang rumit. Anda akan mudah mengetahui jika seseorang itu berniat untuk menipu anda.

Anda tidak akan sesekali berdendam tetapi tidak tahu membuat keputusan jika ditimpa masalah. Anda kelihatan mesra tetapi sebenarnya anda sedang mencari persekitaran yang selesa untuk diri anda.

Sabtu, 8 Julai 2017

Kenapa Warna Penutup Air Mineral Berbeza? Ini 3 Maksudnya Supaya Tak Salah Guna Untuk Bancuh Susu Anak.


Kenapa Warna Penutup Air Mineral Berbeza? Ini 3 Maksudnya Supaya Tak Salah Guna Untuk Bancuh Susu Anak.

Rententan daripada artikel bertajuk "Jangan Bancuh Susu Formula Bayi Guna Air Mineral. Boleh Bahayakan Buah Pinggang!" ramai yang menimbulkan persoalan tentang kekeliruan dalam membezakan jenis-jenis warna penutup botol air mineral yang ada di pasaran.

Ini berikutan ramai ibu bapa tidak mahu tersalah menggunakan air minuman komersial untuk kegunaan membancuh susu formula bayi mereka.

Sebaiknya sebelum membeli air mineral anda hendaklah membaca terlebih dahulu label di botol, jika tidak pun sekurang-kurangnya anda sudah tahu setiap warna penutup itu mewakili maksud apa.

Menurut laman web rasmi Bahagian keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, secara amnya semua air adalah sama, hanya kandungan bahan larut seperti mineral, bahan cemar dan bahan organik sahaja yang berbeza. Perbezaan ni bergantung kepada jenis punca, kaedah rawatan yang digunakan dan pemprosesannya.

Ada pengguna yang keliru apabila membaca tentang pelbagai kaedah rawatan air tersebut seperti osmosis berbalik, osmosis songsang, R.O Water, air suling dan ozon water. Sebenarnya ia adalah jenis-jenis proses rawatan ke atas air yang dilakukan untuk air minuman berbungkus.

Secara amnya proses rawatan tersebut adalah untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik dan klorin. Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman.

Sebagai pengguna anda harus tahu membezakan di antara air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus yang dibotolkan. Cara paling mudah iaitu membaca label dan melihat pada warna penutup botol. Penutup berwarna putih untuk air minuman berbungkus dan pelbagai warna untuk air mineral semula jadi.

1. Penutup biru

Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar.Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan.

Tidak boleh diperkaya/diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral.Ia akan dilabelkan sebagai air mineral semula jadi.

2. Penutup putih

Semua punca air yang selamat seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air). Perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan. Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida. Jika anda pernah terbaca tentu perasan air botol berpenutup putih hanya dilabel sebagai air minuman atau 'drinking water' dan harganya lebih murah berbanding air mineral berpenutup biru.

3. Penutup hijau

Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar.Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan.

Tidak boleh diperkaya/diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral.Ia akan dilabelkan sebagai air mineral semula jadi. Biasanya kandungan mineral dan lokasi tempat pengambilan air akan tertera di label botol air mineral tersebut.

Maksudnya hanya air minuman yang berpenutup warna putih (air minuman berbungkus) sahaja yang selamat digunakan sebagai air untuk membancuh susu formula anak. Ini kerana piawaiannya sama seperti air paip. Tetapi ia mesti dididihkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Hanya Dengan Limau Nipis Dan Garam Mampu Sembuhkan Penyakit Kencing Manis.

Hanya Dengan Limau Nipis Dan Garam Mampu Sembuhkan Penyakit Kencing Manis.

Resipi ini berdasarkan daripada pengalaman yang dikongsi oleh seseorang dimana dia sembuh sepenuhnya  dan terselamat dari kakinya dipotong.

Apa yang dilakukan adalah :

Bahan-bahan:

- Satu biji limau nipis

- Seketul garam kasar (sediakan satu ketul sahaja)

- Sediakan 3 gelas air

Cara penyediaan:

1) Belah sedikit limau

2) Korang ambik satu ketul garam kasar dan sumbat ke dalam belahan limau

3) kemudian, korang kena rebus dengann 3 gelas air

4) Pastikan korang rebus air tersebut hingga jadi 1 gelas air sahaja.

5) kemudian, korang lenyekkan limau dan hancurkan biji (wajib) dalam air rebusan. Guna sahaja senduk okay.

6) tapis air rebusan dan biar ia jadi sejuk.

7) Bila dah sejuk, minum okay!

Untuk pengetahuan korang, pastikan korang minum 3 kali dalam masa 6 hari dan pastikan diminum berselang hari.  Kurangkan gula setiap kali amalkan petua ini, Disebabkan itu, sediakan air manisan untuk memastikan kadar gula dalam badan seimbang.

Untuk dapatkan sebotol ubat (BC100) yang boleh merawat pelbagai penyakit boleh hubungi...
✔ Harga murah
011-12742454